gfxgfx
 
Welcome, Guest. Please login or register.

Login with username, password and session length
logo
 
gfx gfx
gfxgfx
 
 
gfx gfx
gfx
14410 Posts in 2504 Topics by 624 Members - Latest Member: Fairuz September 06, 2010, 04:30:51 AM
*
gfx*HomeHelpCalendarLoginRegistergfx
August 30, 2010, 11:35:06 AM azlinahTHEinterceptor CSI - Salam to all!
August 31, 2010, 02:41:21 PM fahmiTHEbraveheart CSI - Selamat menyambut Hari Merdeka to our Malaysian friends
August 31, 2010, 02:41:35 PM fahmiTHEbraveheart CSI - ...and a Happy Teachers' Day
September 01, 2010, 01:01:56 AM azmanamran - hi kak molita apa khabar
September 01, 2010, 05:44:34 AM redhaTHEcilipadi - selamat berpuasa semua! 
September 01, 2010, 11:21:04 AM azlinahTHEinterceptor CSI - Selamat Hari Guru!!!! Bestnyer cuti Smiley
September 02, 2010, 05:51:13 AM fahmiTHEbraveheart CSI - sekarang sudah masuk waktu solat subuh. As-Salatu khairum minan-naum
September 03, 2010, 12:33:49 AM molita - Khabar baik,welcome to spn
September 03, 2010, 05:48:15 AM fahmiTHEbraveheart CSI - sekarang sudah masuk waktu solat subuh. As-Salatu khairum minan-naum
September 04, 2010, 05:49:22 AM fahmiTHEbraveheart CSI - sekarang sudah masuk waktu solat subuh. As-Salatu khairum minan-naum

View All

Click Here To See Our Exclusive Photos @ Supernatural e-Gallery
gfxgfx
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.       « previous next »
Pages: [1] Go Down Print
Author Topic: Amalan Pengamal Ilmu Sihir  (Read 97 times)
fahmiTHEbraveheart CSI
Certified Supernatural Investigator
Management Committee Member
Spirit Master
****
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 2722



WWW
« on: July 26, 2010, 06:44:21 AM »

Amalan Pengamal Ilmu Sihir

Berikut adalah di antara amalan-amalan yang dilakukan oleh tukang-tukang sihir atau pengamal ilmu hitam untuk mendekatkan diri mereka kepada syaitan-syaitan jin :-

Mengikat mashaf al Quran di bawah kedua tapak kakinya (dijadikan selipar) kemudian di bawa masuk berjalan ke dalam tandas.
Menulis ayat-ayat al Quran dengan najis, kotoran atau darah haid di bawah dua belah seliparnya.
Menulis ayat-ayat al Fatihah secara terbalik.
Bersolat tanpa berwuduk dan kadang-kadang dalam keadaan berjunub.
Melakukan penyembelihan semata-mata kerana syaitan dan tidak menyebut nama Allah ketika meyembelihnya dan hasil sembelihan itu diletakkan di tempat-tempat tertentu sebagai persembahan khusus bagi syaitan
Melakukan pemujaan terhadap matahari,bulan atau bintang di langit dan mengabdikan diri hanya objek tersebut dan tidak kepada Allah S.W.T.
Mengadakan hubungan kelamin dengan ibu kandung atau anak perempuannya sendiri.
Melumurkan tahi ke seluruh tubuh dan tidak boleh mencucinya selama beberapa hari atau tempuh tertentu.
Memuja kuburan dan memanggil ruh ruh
Memuja tengkorak mayat orang mati terbunuh atau kanak kanak


Kesannya terhadap Pengamal Ilmu Sihir Semasa Masih Hidup

Hidupnya sentiasa bermasalah
Berniaga tidak menjadi, buatlah kerja apapun tidak akan berjaya, seolah-olah ada sahaja yang menghalang
Banyak halangan dalam pekerjaan yang diceburi.
Sering sakit yang pelik-pelik yang tidak dapat di kesan oleh doktor seperti histeria, gila isim, panas baran, dapat anak yang cacat dan huduh rupanya, selalu tidak sedarkan diri, sakit kepala bila tiba waktu pagi, waktu matahari jatuh, keluarga selalu berkelahi, di ganggu mimpi ngeri dan menakutkan dan sebagainya.
Hilang anak dalam kandungan hasil tumpangan Jin semasa melakukan persetubuhan dan sebagainya.


Di Saat-saat Kematian.

Saat kematian orang yang bersahabat dengan Jin biasanya amat menyulitkan kerana kesukaran untuk melepaskan diri daripada khadam Jin yang telah sekian lama menjadi teman karibnya. Antara syarat-syarat untuk kematian atau memudahkan kematiannya iaitu bagi membolehkan Jin khadamnya keluar ialah :-
Perlu membuka perabung rumah
Mesti mencungkil lantai rumah
Menyapu sedikit tanah ke muka pesakit
Membubuh ranting kering di atas dada si sakit
Membuat kuih tujuh jenis dan di panahkan ke bukit
Memecahkan dinding rumah si sakit
Meletakkan si sakit di rumah kosong.


Kematian.

Kadang-kadang berlaku juga kejadian yang aneh-aneh ke atas si sakit yang bersahabat dengan Jin ini sewaktu kematiannya. Antara kejadian-kejadian tersebut adalah seperti ;-
Mati sudah dua atau tiga hari tetapi masih kelihatan hidup dan sangat kuat makan, bila sudah mati mayat itu telah berbau busuk dan reput.
Mayat ditumbuhi bulu yang banyak
Mayat di bawa lari oleh puak-puak Jin
Mata dan mulut mayat kelihatan ternganga dan kelihatan ngeri
Selepas kematiannya kadang kala didapati diri si mati itu ( sebenarnya Jin peliharaannya ) balik semula kerumah dan ada yang tidur serta bersetubuh dengan isterinya. ( pada sangkaan si isteri, bahawa suaminya itu hidup semula atau bekas suaminya itu keramat atau wali )
Sesetengah mayat pula selepas kematiannya hilang di bawa lari oleh Jin peliharaannya ke dalam hutan untuk santapan puak-puak Mereka.


Pantang Larangnya.

Pewaris keturunan ini atau penerima amalan ini tidak boleh melanggar pantang larang yang telah ditetapkan, kerana akibat yang buruk akan terjadi ke atas dirinya atau ke atas keluarganya. Antara pantang larang tersebut ialah :-
Tidak boleh pakai kain masuk melalui kepala
Tidak boleh lalu di bawah penyidai kain
Tidak boleh menziarahi jenazah
Tidak boleh makan atau minum di kedai orang kafir
Tidak boleh meninggalkan bacaan serampah atau jampi
Tidak boleh sembahyang di masjid atau berjemaah
Tidak boleh masuk ke rumah dengan kaki kanan
Tidak boleh memakan benda-benda bernyawa dan sebagainya.


KESIMPULANNYA

Ringkasnya dari keterangan-keterangan yang telah di kemukakan di atas jelaslah bahawa berkawan dan bersahabat dengan Jin memberi banyak keburukan kepada manusia samada semasa mereka masih hidup, apatah lagi setelah mereka meninggal dunia. Tidak kira apa juga niat dan sebab mereka menjadikan Jin sebagai sahabat atau Khadam mereka.

Menurut sesetengah ulama, berkawan denagan Jin boleh menyebabkan manusia dan Jin yang menjadi sahabatnya itu, jika Jin tersebut terdiri dari pada Jin Islam, sama-sama menjadi kafir dan kedua-duanya akan di humbankan oleh Allah kedalam Neraka. Keadaan ini berlaku kerana manusia yang bersahabat dengan Jin merasa Takbur dan lupa daratan kerana mereka memiliki kuasa yang luar biasa yang tidak boleh di miliki oleh manusia lain dan apa-apa yang mereka hajati dapat diperolehi melalui pertolongan Jin tersebut. Mereka juga menganggap mereka lebih berkuasa daripada Allah dan menyuruh manusia lain meminta pertolongan hanya kepada mereka sahaja Perbuatan ini menyebabkan mereka Syirik kepada Allah kerana meminta pertolongan kepada mahkluk lain selain daripada Allah, sedangkan Syirik merupakan suatu dosa yang amat berat dan tidak akan di ampun oleh Allah.

Manakala Jin yang menjadi Khadam manusia, menjadi kafir pula kerana mereka juga telah Takbur kepada Allah kerana seronok di sanjung dan di puja oleh manusia. Kadang-kala Jin tersebut juga mengaku mereka adalah tuhan dan menyuruh manusia menyembahnya dengan mengadakan majlis-majlis tertentu seperti Jamu Jin setahun sekali, kenduri, sembelih kambing, korbankan sesuatu kepada Jin dan sebagainya, jika inginkan pertolongan dari mereka.



Sumber: You are not allowed to view links.
Register or Login
http://sg.oocities.com/bomohonline/pengamal.html#ixzz0ujjvmMfq

Logged

President
Supernatural Investigation and Research Society
jasman
Society Friend
Demon Hunter
*
Offline Offline

Posts: 139


« Reply #1 on: July 26, 2010, 11:20:18 PM »

Permohonan Iblis pada ALLAH swt ;-

"Iblis menjawab:'Beri tangguhlah saya sampai waktu dibangkitkan.'
Allah berfirman :"Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh."
Iblis menjawab: "Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar
akan (menghalang) mereka dari jalan Engkau yang lurus.

Surah al-a'raf: ayat 14-16
Logged
AyahJo
Guest
« Reply #2 on: August 17, 2010, 02:28:54 AM »

A'uudzubillaahi Samii'il A'liimi Minasyaithaani Rajiimi
Bismillaahi Rahmaani Rahiimi

Pengamal ilmu sihir termasok tukang-tukang ubat yg menggunakan AlQuran. Masyarakat melayu kita hari ini segalanya ingin cepat dan rengkas. Asal ada yg datang tukang ubat berperwatakan umpama seorang 'warak' atau 'alim' sudah cukup nyakin mereka inilah yg perlu dipercayai. Apakah mereka pernah mendengar atau ambil tahu apa, bagaimana atau cara yg dibacakan?Huh.

Pendapat AyahJo biarpun bertaraf ustaz atau astazah sekali pun kalau mengaku dapat membantu dalam hal sebegini atau digelar dirinya sebagai Pengubat Islam maka mesti memahami akan cara bacaan yang teratil. Kalau baca macam mrt atau F1 sehingga dengar macam berdengong lebeh baik minta dia pulang dgn cara terhormat. Kerana bacaan seperti itu sama bunyinya macam "Tok Sami". Tidak mendatangkan natijahnya. Ini juga AyahJo golongkan sebagai pengamal Ilmu Sihir yg menyihir dirinya sendiri atau mereka yg bersamanya. Siapa yg faham?. Atau mungkin Syaithaan atau Jin yg merasuk mempertawakan dalam bacaannya.

Ini bukan main-main dan sejarah sudah membuktikannya bagaimana "Ifrit" mempermainkan atau tertawakan setiap bacaan yg tidak JELAS ATAU TIDAK BETUL. Sesungguhnya 'Kalamullaah' melaknatinya. Na'uudzubillaahi.....

Ini berdasarkan mengalaman sahaja kalau hendak lebeh teguh pendapatnya tanyalah pakar?Huh


Logged
gfx
Pages: [1] Go Up Print 
gfx
Jump to:  
Those who are keen to be a Supernatural Member, please email your expression of interest to contact@supernatural.com.sg Membership in SUPERNATURAL SOCIETY is limited and privileged.
gfx gfx
Powered by MySQL Powered by PHP Valid XHTML 1.0! Valid CSS!