gfxgfx
 
Welcome, Guest. Please login or register.

Login with username, password and session length
logo
 
gfx gfx
gfxgfx
 
In an another value-add public service by the Supernatural Investigation and Research Society, we have launched a first-of-its kind 24/7 Hotline dedicated number for supernatural sightings and disturbances.

The Supernatural Hotline number is 98947237.

Note: We appeal that the number should only be used for genuine cases and for it not to be abused.
 
gfx gfx
gfx
14410 Posts in 2504 Topics by 624 Members - Latest Member: Fairuz September 06, 2010, 04:20:18 AM
*
gfx*HomeHelpCalendarLoginRegistergfx
August 30, 2010, 11:35:06 AM azlinahTHEinterceptor CSI - Salam to all!
August 31, 2010, 02:41:21 PM fahmiTHEbraveheart CSI - Selamat menyambut Hari Merdeka to our Malaysian friends
August 31, 2010, 02:41:35 PM fahmiTHEbraveheart CSI - ...and a Happy Teachers' Day
September 01, 2010, 01:01:56 AM azmanamran - hi kak molita apa khabar
September 01, 2010, 05:44:34 AM redhaTHEcilipadi - selamat berpuasa semua! 
September 01, 2010, 11:21:04 AM azlinahTHEinterceptor CSI - Selamat Hari Guru!!!! Bestnyer cuti Smiley
September 02, 2010, 05:51:13 AM fahmiTHEbraveheart CSI - sekarang sudah masuk waktu solat subuh. As-Salatu khairum minan-naum
September 03, 2010, 12:33:49 AM molita - Khabar baik,welcome to spn
September 03, 2010, 05:48:15 AM fahmiTHEbraveheart CSI - sekarang sudah masuk waktu solat subuh. As-Salatu khairum minan-naum
September 04, 2010, 05:49:22 AM fahmiTHEbraveheart CSI - sekarang sudah masuk waktu solat subuh. As-Salatu khairum minan-naum

View All

Click Here To See Our Exclusive Photos @ Supernatural e-Gallery
gfxgfx
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.       « previous next »
Pages: [1] Go Down Print
Author Topic: Pulau Bidong yang lebih dikenali - Pulau Vietnam  (Read 49 times)
jasman
Society Friend
Demon Hunter
*
Offline Offline

Posts: 139


« on: July 29, 2010, 11:28:33 AM »

PULAU BIDONG 4 April - Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke Pulau Bidong, berlegar-legar di fikiran penulis bait puisi Pulau Bidong In Transito oleh Marzuki Ali di dalam bukunya yang berjudul Desir Angin Pantai Timur terbitan Kelas Teater Terengganu yang menceritakan tentang keistimewaan Pulau Bidong.

Melihat keindahan pemandangan seluas mata memandang sambil deruan ombak
menghempas pantai yang memutih, ditambah dengan kejernihan air laut mengelilingi
pulau yang satu ketika dahulu pernah 'disumpah', hampir-hampir membuatkan
sesiapa sahaja melupakan sebentar kisah misteri yang pernah berlaku di pulau ini.

Pulau yang lebih dikenali dengan jolokan Pulau Vietnam itu adalah antara pulau-
pulau yang terdapat di negeri Terengganu selain Pulau Kapas, Pulau Redang,
Pulau Perhentian dan Pulau Lang Tengah.

Nama Pulau Bidong rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi kerana ia telah popular
satu ketika dahulu sehingga menjadi sebutan masyarakat antarabangsa.

Mana tidaknya, pulau yang menyimpan pelbagai cerita itu seperti 'disumpah' kira-
kira lebih 10 tahun apabila menjadi tempat penempatan hampir 40,000 pelarian
Vietnam yang mencari perlindungan berikutan peperangan di negara mereka.

Keikhlasan Malaysia memberi pelindungan kepada pelarian tersebut yang mendapat
pujian daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut menimbulkan
kemarahan sesetengah pihak apabila pulau yang terjaga rapi serta menjadi punca
rezeki nelayan tempatan seakan diceroboh.

Namun, itu kisah 10 tahun dahulu yang tidak perlu diungkitkan kembali memandang
kan kesemua pelarian tersebut telah pun meninggalkan pulau tersebut.

Pulau Bidong kini berubah wajah apabila menjadi lokasi pelancongan baru yang
setanding pulau-pulau di sekitarnya malah kemungkinan lebih hebat lagi dengan
peninggalan sejarah pelarian Vietnam itu.


 
Sebahagian lokasi pusat penetasan telur penyu yang dikendalikan oleh pelajar
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Pulau Bidong.

--------------------------------------------------------------------------------

Pulau Bidong yang luasnya kira-kira 40.49 hektar dan terletak kira-kira 40 kilometer
dari Kuala Terengganu diberi sedikit perubahan apabila sebahagian tanah daratannya
diberi hak kepada Universiti Malaysia Terengganu (UMT) untuk dijadikan lokasi kajian
tentang kehidupan laut.

Tumpuan utama ialah habitat penyu yang dipercayai masih menjadikan pulau tersebut
sebagai habitat mereka yang kian terancam itu.

Wartawan Utusan Malaysia berkesempatan mengikuti lawatan ke Pulau Bidong baru-
baru ini bersama Naib Canselor UMT, Prof. Dr. Aziz Deraman dan pegawai-pegawai
kanannya yang mengadakan Program Survival Laut di pulau itu selama dua hari satu
malam.

Pada kesempatan itu, penulis berkesempatan melawat peninggalan sejarah pelarian
Vietnam yang ditinggalkan seperti kubur, kuil, telaga, balai polis, gereja serta rumah-
rumah mereka yang masih utuh berdiri walaupun sebahagian telah dirobohkan dan
dimakan anai-anai.

Di sekitar kawasan Pulau Bidong ditempatkan anggota Rela untuk menjaga kawasan t
ersebut daripada pencerobohan nelayan dan pendatang tanpa izin.

Untuk melihat sejarah peninggalan pelarian Vietnam itu, pengunjung perlu mendaki
bukit lebih kurang sejauh dua kilometer.

Kubur beberapa pemimpin pelarian Vietnam bakal ditemui pengunjung setelah 15 minit
mendaki bukit tersebut selain tangki air usang yang menjadi tempat menyimpan bekalan
air bagi mereka satu masa dahulu.


 
Sebahagian daripada binaan yang ditinggalkan oleh pelarian Vietnam di Pulau Bidong,
Kuala Terengganu

Selain itu, pohon buah-buahan dan sayur-sayuran seperti asam jawa, jambu, betik
serta ubi kayu turut ditanam oleh pelarian terbabit di sepanjang jalan.

Kebanyakan pokok di pulau tersebut telah dinamakan bagi memudahkan pengunjung
mengetahui jenis pokok-pokok yang terdapat di sekitar pulau itu dan ada juga yang
jarang-jarang dapat ditemui.

Setelah hampir sejam perjalanan, pengunjung bakal tiba di penghujung perjalanan
dan berpeluang melihat keindahan Pantai Pasir Pengkalan dari bukit berkenaan.

Oleh kerana pulau itu tidak dibuka kepada orang awam, kejernihan serta keindahan
karangan laut dan ekosistemnya masih terpelihara.

Menurut sumber, terdapat 27 kapal tinggalan pelarian ditenggelamkan untuk dijadikan
tukun bagi membolehkan hidupan laut menjadikan tukun tersebut sebagai habitat baru
mereka.

Keputusan kerajaan negeri untuk mengekalkan pulau tersebut tanpa sebarang
pembangunan harus dipuji namun ada baik juga sekiranya ia dijadikan lokasi
pelancongan yang boleh dikunjungi.

Sekurang-kurangnya ia boleh menjana ekonomi selain memberikan pilihan baru kepada
pengunjung yang gemarkan sejarah selain boleh menikmati keindahan Pulau Bidong
yang masih 'dara' walaupun pernah 'dinoda' satu ketika dahulu.

Peluang bersnokerling dan berkayak di Pulau Bidong ternyata memberi pengalaman
yang indah dan menjadi kenangan sepanjang hayat malah lebih manis jika bernasib
baik dapat melihat penyu bertelur di pantai.

Begitulah indahnya Pulau Bidong yang pasti akan menjadi salah satu lagi lokasi
pelancongan terbaik negeri Darul Iman


Sumber dari internet

JasD'Silencer
Logged
fahmiTHEbraveheart CSI
Certified Supernatural Investigator
Management Committee Member
Spirit Master
****
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 2722



WWW
« Reply #1 on: July 29, 2010, 11:35:33 AM »

Jas, got pic of the island? You know how to post pic in the forum?
Logged

President
Supernatural Investigation and Research Society
jasman
Society Friend
Demon Hunter
*
Offline Offline

Posts: 139


« Reply #2 on: July 31, 2010, 08:23:21 AM »

Insyaallah....I hope still remember how to do it. Few months havent done it... Ada yg dah lupa the steps agaknya..
Logged
gfx
Pages: [1] Go Up Print 
gfx
Jump to:  
Those who are keen to be a Supernatural Member, please email your expression of interest to contact@supernatural.com.sg Membership in SUPERNATURAL SOCIETY is limited and privileged.
gfx gfx
Powered by MySQL Powered by PHP Valid XHTML 1.0! Valid CSS!